Monday, February 28, 2011

LUAHAN SI DAYANG...

Bila agaknya dapat kuyakini
Kegilaan ini
Jika aku ketahui puncanya
Sekali ingin kututupi rapi
Bila kufikir-fikirkan
Ada kemesraan ada keakraban
Berputik rasa kasih dan sayang
Menjadikan hari-hari yang berlalu
Bagaikan kelopak segar
Memberi wangian dan kembangan
Bersemi di dalam hati

Ada ketikanya, aku mengharapkan agar hujan lebat turun membajiri laman dan menganak sungaikan setiap parit kecil, melunturkan warna daun yang baru bercambah, menghentikan beluncas dari menjadi rama-rama, menghanyutkan kelopak-kelopak layu dari tangkai yang kering, membutakan mata pena, meleburkan salji yang putih bersih, menghakiskan salji yang putih bersih, menghakiskan lumut hijau dari pokok yang sebesar pemeluk..lalu berseleraklah seluruh ruang alam seperti  hati yang berkecai

Ada ketikanya aku seperti merasa ingin memanggil hujan di tempat perteduhan ini. Agar airnya dapat menyuburkan kembali hati yang hamper layu, membasahi kembang-kembang kelopak yang mula menguncup, menyegarkan kembali akar-akar perasaan yang hamper musnah
dim amah perut bumi.

Seperti diriku ini, kau kata kau juga amat sukakan hujan. Selalu kau mengharapkan hujan itu turun kerana kau kata hujan penyambung rasa cinta seluruh alam. Hujan menemukan parit-parit kecil, anak-anak sungai,batang-batang sungai dengan laut yang luas, menemukan muara dengan puncanya, mendekatkan kawasan pergunungan di pedalaman dengan tanah datar dan persisir pantai. Kau juga kata mungkin hujan akan menemukan kita, menghidupkan kembali hati yang hamper layu, menyegarkan kembali kelopak jiwa yang apinya hamper padam.

Ada malam-malamnya, hujan turun lebat. menghempas bingkai kamar. Terkejut aku dari tidur yang lena . kudengar bunyi hujan. Segera aku teringat kau di sana. Adakah kau juga menangis seperti aku.. mengira titis-titis hujan. Adakah kau juga sepertiku? Menahan rindu yang kian mengcengkam… ataupun di sana kau sudah lena bersama  selimut malam tanpa aku..

Maka, walaupun siang bermatahari gagah atau malam-malam dengan himpunan kerlipan bintang, kita sama-sama pasrah dan yakin menunggu kalau-kalau ada hujan. Biarpun seketika aku tetap bersyukur, cukuplah sekadar seketika aku bisa memercik titisan hujan ke muka ku. Kubasahi ubun-ubun ku.. sejuknya.. seperti kau mengucupnya.

Dan ada malam-malamnya, ku mendengar sahaja nyanyian hujan dan mengimpikan untuk duduk di atap menghayati nyanyian hujan,menarikan tariannya, dan ada waktu-waktunya.. aku bertanya pada diri..kau dan akukah hujan itu? Bersatu dalam rindu. Dan aku akan terus setia menunggu agar hujan itu membasahi bumi kenyalang ini. Akan tersenyumlah alam tatkala melihat aku tersenyum. Moga kau juga akan turut sama tersenyum.  Hujan… sampaikan rasa kasih ini padanya. Nyatakan rasa rindu ini pedanya. Sampaikan padanya .. walau badai mencincang tubuhku. Aku akan tetap di sini. Tidak berganjak seperti orang-orang di tengah sawah. Akan terus setia kerana hanya dia yang daoat merawat hati yang parah ini. Hanya dia yang dapat menghapuskan airmata di pipi ini.

Pada kau.. ini titipanku di bumi kenyalang ini..
Telah pernah kita himpun manis bersama
Pernah juga kelat dan masam terasa
Kita berlari di saat orang lain ketiduran
Kita himpun wangian yang tercicir
Lalu ianya menjadi kalung
Kalung yang indah dan wangi
Kini aku kian mengerti
Musim berjauhan yang begitu menguji
Aku harus pasrah dan kuat berdiri
Meskipun kau sering hadir dalam mimpi
Memesra dan memanjai
Biar telah pernah kita lewati
Manis mimpi
Dan
Pahitnya rialiti
Aku cuma berharap agar mereka mengerti
Tentang rindu yang marak di hati ini
Kita tak mungkin dapat dipisahkan lagi
Selagi nafas kita bersemu
Kerana aku amat pasti
Hanya kau RAJA di hati

Luahan si DAYANG
CIKZURA
28.FEBUARI.2011

Sunday, February 27, 2011

MALAM INI APA ADANYA

malam ini
aku melihat dunia dalam dimensi yang berbeda
angkara yang pelbagai
kebanggaan yang dibangga
kepandaian yang terlihat
seperti wau yang berwarna-warni
tinggi nun di langit sana
megah di angkasaraya
tapi sebenarnya siapa yang menaiknya sehingga di sana

malam ini juga
membuat aku tersenyum
rakusnya manusia bermain dengan kata-kata
air yang mengalir terhenti
asap di udara menghilang
angin yang bertiup kencang mulai sepoi-sepoi
ikan-ikan di air kehilangan sirip
ayam-ayam yang mematuk padi kehilangan paruh
burung-burung tertanggal bulunya
melihat bahasa yang serakah

malam ini
membuat aku merajuk hati
aku sedar
aku cuma orkid liar
aku sendiri yang mebajanya
aku sendiri yang menyinarnya
tapi kontang oleh kenyataan
daunya mula merontok
tapi aku tahu
tak semua pohon akan merimbun
atau berani hidup di bawah matahari terik

malam ini
cuma ini yang ada
setitik air mati
memercik ke laut
sebutir rasa sedih
memercik jadi air yang hidup
dan asinya menjadi kehidupan
dan begitulah aku....
terus tersenyum berpatrikan retak logika !

cikzura
hanya ini yang mampu di luah ~ lelah dan lelah
febuari 2011

diari aku ~

assalamualaikum..

perghh... 2 hari ni memang blur giler.. langsung tak ada idea nak menulis apa..diperah-perah.. di toreh-toreh pun tak ada apa yg boleh dijadikan 1 idea yang menarik.. aku baca jer tulisan2 orang lain.. nak buat.. tapi memang tak ada idea sikit pun...kalau yg borak merepek tu banyak pulak idea kat kepala hutak ni ahahahahaha...baru sebentar tadi aku ni pergi la usha2 satu tempat yang memang meriah dengan umat manusia.. seronok aku melihat mereka.. macam 1 komuniti :) aku memang selalu tengok-tengok jer kalau masuk sana.. tak berminat aku nak mencelah.. budak-budak muda.. hehehehe .. aku ni dah TUA.. jadi rasa macam tak sesuai pulak :) ada banyak benda yang menarik di sana.. memang budak-budak muda sekarang ni hebat2.. kalau nak dibanding dengan aku ni.. buat blog ni pun terkedek-kedek.. apa yg ada.. itulah yg aku rembat.. ahahaha
ada satu benda yang menarik perhatian aku.. aku terbaca tentang satu artikel peribadi dari seorang blogger. aku tertarik tentang definasi dia tentang topik yang dia utarakan.. memang bagus ayat dia.. dan keberanian dia memang terserlah.. tp aku tergelak lah jugak tengok..ada yang KURANG di situ..
blog aku ni pun.. aku rasa tak ada sapa pun yang baca..aku tulis.. then aku click publish post.. then aku tgok.. then aku sendirik yang baca.. aku tak tahu pun fungsi follower tu apa.. macam mana nak follow.. ahahahah sian kan aku.. tapi aku tak kisah pun.. sebab bg aku.. sini adalah tempat aku berkarya.. aku luahkan apa yang aku rasa.. tp dengan pendekatan yang berbeza.. :) puisi.. itu sahaja yang aku tahu.. aku abadikan di sini.. sebab aku tau.. selagi aku hidup.. benda ni akan tetap ada di sini.. aku mati pun.. ianya akan tetap ada... karya2 aku.. itu tujuan aku buat blog ni.. :)
panjang lebar aku bebel.. wawa pun batuk-batuk tak sihat.. ada masa nanti.. ada idea.. aku akan bebel lah lagik di sini.. nanti aku jugak yang baca..
aku nak tulis tentang hidup aku.. :) adios.......

Saturday, February 26, 2011

SEDIH TAPI MERDU

Malam itu
Aku bercanda
suara itu terlalu merdu tetapi suara itu terkandung sejuta
kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi
disebalik merdunya suara
Tapi dengan kekosongan yang melimpah
Hati rawan dan kelam
Nada-nada suara bertukar
Perlahan dan semakin menghibakan

Bait-bait kata
Tersimpul kusut
Ulas-ulas suara
Terlerai mati
Cuba berlagak seperti sang arjuna
Tetapi akhirnya air itu tertumpah juga

Aku yang empunya bicara
Dililit akar
Hampir tewas
Sendi-sendi dicengkam
Persis buana
Sekilas dan terus hilang

Suara sedih itu
Empunya siapa
Bermandi keringat
Mata mengalirkan gerimis
Saban hari..
Seperti hamba yang menunggu hari
Suara gagap
Tetapi merdu
Merdu dengan nyanyian sukma tragis..

cikzura
febuari 2011

Friday, February 25, 2011

KARTUN YANG DIBINGKAI...

Di akhir abad
Manusia tidak lagi seperti manusia
Rambut hitam jadi merah
Hidung pesak jadi mancung
Dagu pendek jadi panjang
Pipi rendah jadi tinggi
Ajaib..memang ajaib
Itulah abad akhir zaman

Jadi apa yang tinggal
Beg Gucci? Lipstick Mac ?
Atau minyak attar?
Ada juga…
Naruto.. ultraman.. pocoyo..
Berlumba memanjat cermin kaca
Apa yang tinggal
Di akhir abad
Hanya bingkai kartun
Dan kita ??
Kartun yang di bingkaikan……

Cikzura
25.02.11

BAHASA ORANG BERCINTA

di desa ini
lagu-lagu sendu
seperti bersyair
mengalun rentak cumbu

cumbu itu terlalu indah
terlalu padat dengan rayu
untuk di bawa ke perbatasan

bahasa ini terlalu simbolik
adakah sedar dalam
sedar?

Lagunya itu terlalu indah
Terlalu hebat
Sehingga terbungkam
Terpelosok sendiri
Lagunya juga cukup hebat
Konon katanya..
Untuk dusta atau fitnah

Itu bahasa orang bercinta
Katanya itu tanda percaya
Cenderawasih
Adakah itu maksud agung ?

Cikzura
25.02.11

Thursday, February 24, 2011

KAU TERINDAH DARI SEGALA YANG CANTIK

c comel wawa ~ terindah dari segala yang cantik

Nurlatifah Najwa
Tercantik dari segala yang indah
Ku pilih nama dewi
Bagi aku
Bukan bagi kamu

Wajahnya tipis
Di tepi papyrus
Sungguh aneh
Bahasa syurga dengan maksud yang berbeza

Nurlatifah Najwa
Kamu datAng dari dunia yang berbeza
Dari tepi sang matahari
Ketika dia tersenyum
Dari waktu waktu rahim yang uzur
Aku bergelut
Menahan amarah tapi nyata hilang
Sekelipnya
Kau pastinya
Bagiku
Terindah dari segala yang cantik

Cikzura
Mama always love u
24.02.11
mmg sangat indah ~ kesayangan ku NURLATIFAH NAJWA

SEKIRANYA

SEKIRANYA

Sekiranya
Manusia bertelanjang
Terngiang-ngiang di copeng telinga
Adat diri disangka benar
Sungguhpun langkah bunga tidak sekata

Sekiranya seorang polis
Dalam sebuah Negara
Gemar menahan orang
Diberi bunga merah
Tetapi tidak suka jika ada
Yang menerimanya
Dibalas dengan bunga biru berkilau

Sekiranya seorang menteri
Tersenyum manis
Bersongkok.. bertanjak
Gah..
Tetapi hanya provokasi
guruh di langit berdegum air bercurahan
Kegemarannya bukanlah keadilan
Tapi penindasan

Wednesday, February 23, 2011

BERDIRI.. DUDUK.. MENIARAP LALU TERBARING.....

berdiri aku
kaku dan kaku
rencah alam membuat
aku terfikir sesuatu..

apa yang difikir ?
kenapa siang ada malam ?
kenapa pagi ada petang ?
kenapa lelaki ada perempuan?
kenapa jantan ada betina ?
kenapa kecil ada besar?
kenapa cantik ada hodoh?
kenapa pandai ada bodoh ?

duduk aku
kaku dan kaku..
rencah alam sekali lagi
membuat aku terfikir..

yang patah akan tumbuh
yang kecil akan besar
yang bayi akan dewasa
yang bodoh akan pandai
yang satu akan berdua
yang jantak tak mungkin akan betina
yang lelaki tak mungkin akan perempuan
ya.. aku mengaru kepala
ubanan sudah menampak bayang
memang tidak mungkin

meniarap aku
kaku dan kaku...
berteleku dengan tangan dan dagu
tepat memandang ke depan
tak habis lagi terfikirkan tentang sesuatu...

perlukah punya wang berjuta?
perlukah punya rumah besar?
perlukan punya mobil sampai lima?
perlukah pangkat dan harta?
perlukah wanita berganda dalam diri kita?
perlukah baju cantik dan makeup berjenama?
perlukah botox di pipi dan muka?
perlukah minyak lintah penguat tenaga?
perlukah airmata selepas derita ?
perlukah rasa jujur selepas kecurangan melanda?

berbaring aku
kaku dan kaku..
kali ini bukan rencah alam yang membuat aky terfikir
kali ini
menggigil aku..
memerah segala saki baki akal
untuk menjawab soalan demi soalan
yang aku tahu benar jawapannya
bukan hanya mulut yang akan menjawab
seluruh pancaindera
terfikir aku apa jawapannya...

SIAPA TUHAN KAMU ?
SIAPA NABI KAMU ?
APA AGAMA KAMU ?
APA KIBLAT KAMU ?
APA SUMBER RUJUKAN KAMU ?
SIAPA SAUDARA KAMU ?
APA PERBUATAN MUNGKAR KAMU ?
APA AMAL IBADAT KAMU ?

masih ada waktukah untuk kita nanti....
meniti satu demi satu
soalan noktah
panggilan
SAKARATULMAUT.....

cikzura
Feb 2011

Tuesday, February 22, 2011

MALANKOLIK SATU RASA.....

ketika kerinduan menyapa
embun jantan menhenyek sejuta rasa
garis-garis pemisah
sang pujangga terus berpujangga
mencipta alunan malankolik
suara nyayian alam
bergema...
meraung menyatakan rasa hati
siapa yang mendengarnya?
kualunkan desah nafas ini
terciptanya satu rasa
terungkainya getar di jiwa
pada untaian
manik-manik keresahan
mula meyapu segala peluh-peluh
desah.....
desas desus berkeroncong
dengarkan
hati beralun lembut
jiwa umpama kelip-kelip
malam menjelma
adakah ini berakhirnya
sebuah lagi kisah tragis....

cikzura
febuari 2011

REMANG SENJA

remang senja
menikus terus menyendiri
indahnya suara laut
gemersik dr gambus
indah dr petikan gitar
mengalunkan nada syahdu
membuatkan terfikirkan tentang
panahan di jiwa
tentang pasir pantai yang berubah
dimain ombak...
terfikir.. adakah aku seperti itu..

cikzura
febuari 2011

diari aku ~

perghhh ari ni... penat giler aku... aku rindu la kat seseorang.. tp.. tu lah.. susah nak ckp mcm mana.. nak ckp salah.. tak cakap pun salah... lantak ler.. aku nak tulis sesuatu tp kepala hutak aku blur ler plak.. adoiii... yang adooooooooooooo !!!!!!!!!!!!!!!!!11 nanti la aku tulis balik ahahahahahah saja jer aku nak type kat sini.. rasa macam tak best plak kalau aku tak tulis apa2l

Monday, February 21, 2011

diari aku ~

Semalam aku berbicara dengan seorg sahabat. dan dia aku panggil dady. mungkin kerana umurnya yang hampir sama baya dengan pak ngahku. aku lebih selesa memanggil dia seperti itu. hari ni rasa nak menulis tentang dady ni. aku kenal dady ni dari satu laman maya. ntah macam mana boleh rapat dengan dady. orangnya cool dan penuh dengan sifat kasih sayang. tapi solo lagik.. jadi kalau ada yg teringin nak kenal tu.. buzzzz jer aku.. ahaks...muahahaha
semlm masa berbual dengan dady .. timbul perkataan ini.. malankolik.. kalau yang betul-betul kaki sastera mmg tau lah apa benda yg aku type tu..lama tak guna istilah tu.. lama jugak lah mata pena aku ni tumpul.. hiks.. tak terasah .. hmmm...
masa berbicara dgn dady.. macam2 topik yang kita bualkan.dr sekecik2 topik hingga ke sebesar2 isu. aku pernah bertanya pada dady..
::: tak sunyi ker dady :::
dapat aku agak.. dady mesti tersenyum bila aku tanya soalan bodoh tahap cipan tu..cool jer dia jawab..
::: dah biasa.. itulah hidup :::
aku yang baru menyingle ni pun dah terasa sunyi.. tp aku ada wawa.. sunyi apanya !! hinggar binggar macam ada 10 org anak aku.. adesh...ada satu lah ayat yang dady bgtau aku.. aku ingat sampai skrg :
::: zura.. kalau zura nak mengejar cinta.. cinta tu akan lari.. jadik.. tak yah laahhh nak main kejar2 ngan cinta... biar cinta tu dtg kat zura.. bila dah dtg kat zura.. zura peluk kuat2 jgn bagi lepas lagi ::: ahahahahahah
ada betul jugak tu
aku ni mmg suka bertanya.. macam-macam soalan aku tanya kat dady ni.. sampai kadang-kadang aku rasa orang tua ni mesti dah muak dengan soalan aku yg ntah apa2.. pasal tak mandi lah.. pasal kambing lah.. mcam-macam lagi.. aku juga pernah suarakan apa yg aku tak suka!! apa yg selalu ganggu otak aku ni.. ada skali aku pernah aku kata..
::: Tuhan tu tak adil.. aku selalu sgt dirundung kecewa??? kenapa?? kenapa :::
slumber katak jer org tua tu jawab aku...
:: dah tak ada jodoh.. nangis pun tak guna.. bukan comel pun !!! :::
muahahahahaha ada betul nya lagi...
::: kalau zura nak cari suami.. zura cari lelaki .. seorang lelaki yang boleh terima wawa :::
dalam hati aku dok kata.. of course la aku cari lelaki... ishk ishk ishk... takkan nak cari ..... *&^%^&
ahahahahahahaha
aku senang jer.. kalau nak kat aku.. kene nakkk kat wawa jugak.. nak aku jer.. taknak wawa.. lu boleh blah !! tendangan padu maut aku bagi.. sah aku rejek... outside !!!!!!!!!!
apa-apa pun.. aku nak ucapkan TQ pd dady.. sebab selalu ckp ckp ngan aku.. walaupun aku ni jenis merapu tahap biol.. aku doakan yang terbaik unt dady.. insyaALLAH.. kalau dady jumpa jodoh nanti.. zura nak tempat VVIP !!! ahahahaha nanti ada rezeki.. zura nak lawat rumah sawah... pasti zura dtg...
bye... adios......

KATA HATI

KATA HATI

Siulan
Unggas mendamaikan sekeping hati yang rawan
Nyanyian alam
Syahdu
Persis suara angin
Disebalik gagahnya sebuah gunung

Kibaran semilar angin
Menggerakkan anak rambut
Mata memandang tepat
Dada alam
Air berkocak dihempas batu kirikil kecil
Menujah hati
Hati ikut berkocak

Hati berkata :
Apakah khabar hati
Adakah ianya turut berkocak seperti ini
Rawan dan terus rawan
Memikir sesuatu yang tiada penyudahnya
Berkocak.. riak halus
Menguntau sebuah rindu
Mengintai sebuah perasaan
Yang hanyut ditelan rakusnya siulan alam

Cikzura
Febuari
2011

KEJAUHAN... TERPANDANG AKU WAJAH TUA ITU !

aku masih tercari-cari milik siapakah wajah yang selalu
membelaiku dengan kata-kata

Kejauhan.. terpandang aku wajah tua itu !

Di pelaminan ini
Riak lesu wajah
Bak bulan tiada cahaya
Ditampar lembut pipi maya
Tiada jua terbangunnya aku

Lekas aku memandang kejauhan
Dongkolan batu di tepi jalan
Membuat di pejalan kaki kepayahan
Bergelut untuk melangkah
Beloum dikira selut bila hujan
Belum dikira lumpur bila rebut

Di pelaminan ini
Riak wajah semakin lesu
Matahari malap
Mendung diselubungi mega
Gumpalan awan hitam berarak
Memenuhi ruang jendela dunia

Lekas aku memandang kejauhan lagi
Teringat aku satu wajah
Wajah tua yang belum pernah aku temui
Wajah yang selalu bermain di benak
Wajah yang selalu berkata-kata
Bibir ulas lembut
Penuh dengan santapan nurani
Membuat aku terbelai.. terpana
Mendengar suara
Adakah itu datangnya dari bibir munggil
Bukan..
Tapi dari bibir yang mengandungi seribu getar

Memandang aku ke kejauhan lagi
Wajah itu masih bersarang dalam kotak mindaku
Aku amati wajah itu
Kedut-kedut di mata
Garis-garis ketuaan
Nampak nyata
Tapi getar suaranya
Sejuta rahsia tersimpan di dalamnya
Umpama akar tunjang
Kuat mengcengkam isi bumi
Tak lut dengan apa
Riak wajah itu
Ada sejuta warna yang tak termampu aku luahkan
Aku harus cungkil satu persatu
Agar dapat ku ketahui
Rahsia di sebalik wajah tua
Yang selalu
Bermain dalam igauku…

Cikzura
Siapakah empunya wajah itu
Febuari 2011

wajah tua.. beginilah kita nanti.. sejuta rahsia tersembunyi
menunggu masa untuk diledakkan

Sunday, February 20, 2011

JIWA LARA

kertas kosong
aku catatkan sesuatu
tentang perkhabaran angin malam
tentang lagu bintang
alunan merdu gambus
bersemarak di jiwa

aku ini apa mahuku sebenarnya
semilir angin syahdu
atau
aku inginkan pelangi petang
yang tiada pengakhirannya

pena ini terus basah
dibasihi embun sukma
membakar segenap puing-puing lagu
apa mahu ku
lahar panas membara
menusuk tepat ke jantung alam

awan berarak gelap
di hujung jalan sana
ada lagikah panas terik
memaksa aku terus melangkah
aku pasrah dalam sedar
menghitung jari jemari yang kaku
di tiup
di hempas
badai gelora
mengcengkam
seluruh nadi ini
memukul seluruh raga ini
sehingga aku
lemas
di sebalik hembusan angin permai
sehingga aku terkapai
sendirian...

cikzura
dalam kepayahan
feb 2011

DI SEBALIK CERMIN AKU ( 1 )

APAKAH INI ?? INILAH KITA SEBELUM MELIHAT DUNIA..
RENUNG KEMBALI..
PANDANGLAH CERMIN DI KAMAR KITA.. RENUNG.. TENTANG KITA...
ketika aku memandang cermin di kamarku
aku melihat aku
aku melihat aku yang dahulu
riang.. tersenyum
sentiasa gembira
tak ada sedikit pun nestapa

bayangan aku dicermin itu
bertukar lagi
aku melihat
aku menari
tapi tarianku pincang
aku melihat aku menyanyi
tetapi nyanyian ku sumbang
kenapa seperti ini

oh.. bayangan itu hilang
mana menghilangnya
dimensi wajah aku
mana perginya
tubuh gemalai aku
itu dia bayang itu
ia kembali
kenapa seperti itu?

bayangan itu pelik
mata ku dikecilkan
ku lihat sejelasnya
tidak..
itu bukan aku..
kenapa seperti itu?
aku lihat
aku di dalam kesengsaraan
aku di dalam kepayahan
aku tengah bergelut
antara pergi atau tidak
antara mati atau hidup

tiba-tiba
aku terlihat
kaki yang kecil
kaki yang halus
jari jemari yang masih merah
ya.. itulah puteri ku
aku tersenyum lagi

bayangan itu kian menghilang
kenapa??
aku masih belum puas lagi
belum puas..
jangan tinggalkan aku....
jangan...
bayangan itu terus kelam
dan aku terus terduduk memandang cermin aku...

TENTANG .. APA ???

pabila hati makin kerap berbicara


tentang kesedihan

tentang rasa sunyi


tentang nikmat cinta


tentang titik noktah sebuah 
'
kehidupan


adakah itu tandanya


hati semakin hitam


mempersoal semua kejadian alam


bertanya dan terus bertanya


kenapa..

Saturday, February 19, 2011

sahabat ?? bagaimana caranya ??

aku berharap kau sentiasa menjadi sahabatku.. sentiasa

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

diari aku ~

aku blur.. aku nak tulis something.. tp langsung tak ada apa yang dpt aku tulis.. semua terbengkalai.. kat luar rumah.. mmg tgh kecoh.. pak ngah.. pak icik.. ayahnda.. bonda tgh kecoh2.. sembelih kambing.. adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... aku td jam 2.30 ptg baru aku bangun.. muahahahaha.. puas tol aku tido..uwaaaaaaaaaaa.. bising tol kat luar !!! dah la kepala aku tgh bergelora ni.. air pasang pagi...surut pukul lima.. muahahaha kene bebel lak aku bangun tadi.. yer lah kan.. ahaks..
tp sesekala mcm ni best jugak..
tp aku rindu la ngan sorang badigol ni.. hmmm... mcm mana aku nak buat ekhh... ada idea tak ??
aku nak tegur dia dulu ker.. malas tol la aku.. ker mmg salah aku yg emo sgt.. aku ker yg emo.. dia lagi emo dr aku.. bodo banggang tol.. aku nak kawan baik aku balikkkkkkkkkk.... dah lama aku tak huuuu haaaa!!! alahhh... hmmm... APA AKU NAK BUAT NI?????/ ADA ORG LEH TOLONG AKU TAK.. BG IDEA PLISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Friday, February 18, 2011

diari aku ~

Jam menunjuk angka 9.45 am

ya ALLAH. perlahannya masa berlalu. aku dah tak sabar nak balik. dari semalam hati aku dup dap dup dap!!! semlm pun aku tak boleh nak tido. tak tahulah kenapa. hmmm... aku tahu sebenarnya kenapa. kerna seseorang semlm msj n call aku. orang tu.. org yang rapat dengan aku. aku panggil dia ankel naga pink.. nama tu wawa yang bagi. actually hari ni.. hari yang penting untuk ankel pink ni. sama ada hidup atau mati.. YA ALLAH.. aku nak sangat segera pulang.. yang susahnya TEMPAT AKU NI PLAK TARAK LINE HP !! UWAAAAAA.. adeshhh... nak wat mcm mana.. tgh bertugas...tak senang duduk aku dibuatnya. aku nak sangat tahu perkhabaran ankel pink ni...
pagi ni tadi aku bangun.. mata aku sembam..terlena jugak aku semlm... tapi aku tak tahu aku lene jam brapa. kali pertama dulu air mata aku tumpah masa ankel pink ni bacakan al-fatihah untuk aku be4 aku zzzzzzzzzzzzz.. adui... rasa nak runtuh jantung aku dibuatnya.. mana taknya.. benda tu nenda aku sorang saja yang buat untuk aku.. selepas nenda kembali pada kekasihnya. aku tak pernah lagi mendengar alunan al-fatihah sebelum aku tidur. dan ankel pink ni yg ke2 selepas aku hidup selama 29 tahun kat dunia ni.. yang membacakanyya untuk aku.. payah aku nak terima benda ni.. pasal dulu masa nenda masih ada.. nenda pernah kata kat aku...
::: nanti akan ada seseorang yang ganti tempat nenda untuk baca al-fatihah untuk akak.. kakak tunggu jer.. orang tu akan muncul :::
akui tak sangka pulak.. org tu adalah dia !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dahlah muncul time kepala otak tengah serabut dengan masalah X hubby aku.. F%$^# !!!
masa aku berbual dengan dia ni semlm.. dia suka sangat sakitkan hati aku.. sampai aku naik menyampah..
::: kenyang perut saya makan kek lapis awak :::
what da &^%$.. aku geram sangat ngan manusia ni.. bebeno dia berusaha nak sakitkan hati aku... gua tarak hal.. nanti gua reveng balik...dah la tanya kat aku... brapa org bf skrg ?? hmmmmm... kang ... aaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
~ rajin aku menulis ni ~
jam dah tunjuk jam 10am
lagu ni.. munajat cinta.. bukan 24 jam lagi aku dengar.. dah nak 48 jam aku dok dengar lagu ni.. sabar zura..kejap lg nak balik dah...sabar...uwaaaaaaa tapi aku nak tahu gmana keadaan dia

korang nak tahu tak.. (( macam la ada orang baca apa aku tulis ~ hiks ))
mula2 aku kenal ankel pink ni.. rasa lawak pun ada... ahahahahaha... pasti timbul... lu dulu yg usha gua !! lu dulu yg ngorat gua !! demmit.. apa susah.. aku suka ko.. aku bgtau jer lah ngan ko.. apa susah.. suka jer kan.. ahahahahahahahahah tersenyum aku...
10.30 ~ ada 1 jam lagik... adoiiiiiiiiiiiiiii.. mmg bergelora jiwa aku ni.. jiwa kacau tahap gaban...
::: YA ALLAH ~ PERMUDAHKAN URUSANNYA YA ALLAH ~ JANGAN KAU AMBIL DIA DARI AKU YA ALLAH :::
hadui.. payahhhhhhhhhh mcm ni.. nak wat kerja pun tak leh nak fokus ni...
aku sebenarnya BLUR...TAPI AKU HARAP SEMUANYA SELAMAT.. tu jer.. AKU DOAKAN YG TERBAIK UNTUK ANKEL PINK...

dan aku... tetap macam ni... :) alone... aku suka.. aku pernah kata kat ankel pink ni.. aku suka dia.. aku pernah kata kat somebody aku syg dia.. tp.. akhirnya aku di tinggalkan seorang.. hmmm.. sakit sgt sgt.. smpai satu masa.. aku malas nak pikir.. biar men single smpai mati..

BERHENTI KU BERHARAP

RASA ITU MEMBUAT AKU SESAK !!
aku sedar
diri aku takkan pernah bisa
untuk bercinta dengan mu
untuk dibelai oleh mu
untuk disayangi oleh mu

aku harus menyedari
kau bukan milikku
tapi aku tetap bahagia
melihat
kau bahagia di sampingnya

tetapi
aku takkan pernah berhenti
untuk terus kasih
untuk terus sayang
sehingga ajal menjemputku

kau tetap yang teristimewa
di mata ku
kau tetap kesayangan ku
tetap abadi
walaupun ada yang mengetuk pintu hati
tak bisa ku terima
kerna namamu
telah ku ukur di jiwaku...

perghhhhh
jiwang krom aku ahahahahha
cikzura
febuari 2011

Thursday, February 17, 2011

diari aku ~

sebenarnya aku rasa sunyi sangat-sangat.. macam ada something missing.. aku tau apa yang hilang.. tapi aku malas nak wat hinggar binggar.. kecewa?? yerps.. mmg aku kecewa.. aku amat-amat pentingkan pesahabatan.. once it gone.. mmg memberi impak yang cukup besar untuk aku.. tapi nak wat mcm mana?? macam org selalu kata.. frens come n go.. tp betullah pepatah orang tua-tua.. yang patah tak sama dengan yang tumbuh.. susah kita nak cari orang yang benar-benar dapat menerima diri kita seadanya kita..mmg sangat-sangat sukar.. tp tu lah hakikatnya.. nak wat mcm mano.. mcm tu jugok lah jawabnya..
td ada seorang sahabat kata kat aku.. zura.. ambik yg jernih buang yang keruh.. dlm hati aku dok kata..kalau keruh manjang.. macam mana aku nak cedok yang jernih ??? muahahahahahah
hakikatnya.. aku rindu sgt-sgt ngan sorang kawan aku ni.. tp hmmm.. berat hati aku nak menyapa.. ego ?? yer kot.. aku rasa aku tak salah.. tu aku rasa.. banyak sgt benda yang tak kene.. yang sampai kat tlinga comel aku ni.. jadi.. aku rasa betul2 F#$%$ ... ahahahahaha
itu yang aku rasa.. aku rasa kecik ati.. aku terasa hati,, aku jauh hati dan apa2 lagik yang sewaktu dengan nya.. apa yg aku luahkan kat sini.. luahan aku.. ada ker org nak baca ?? ada ka orang nak buat spekulasi ?? aku pedulik apa !! INI TEMPAT AKU !!! MY OWN PROPERTIES !! sukati aku lah nak tulis apa !!!
ada yang kata.. zura ni syok ngan dia.. sebab tu lah dia mroyan.. what da F&^%# !!! kalau lah mulut tu ada depan aku.. mmg aku lempang cukup2.. haduii... kang sambung lagik.. mood aku dah menggelegak.. ishk2....

what da &^%$
cikzura
febuari 2011

MUNAJAT CINTA (( INILAH AKU ~ SEPERTI INI ~ TERUS MENCARI DAN MENCARI ))


The Rock Feat Ahmad Dani - Munajat Cinta 

Malam Ini Kusendiri
Tak Ada Yang Menemani
Seperti Malam Malam
Yang Sudah Sudah

Hati Ini Selalu Sepi
Tak Ada Yang Menghiasi
Seperti Cinta Ini
Yang Slalu Pupus

Reff : 

Tuhan Kirimkanlah Aku
Kekasih Yang Baik Hati
Yang Mencintai Aku
Apa Adanya...

Mawar Ini Semakin Layu
Tak Ada Yang Memiliki
Seperti Aku Ini
Semakin Pupus...


diari aku ~

assalamualaikum wbt..
hari ni.. aku rasa mcm sengal jer..ntah ler.. apa yang ada dalam kepala hutak aku masa ni.. semua menyesakkan.. semua membuat aku resah.. rimas !! tapi aku .. insyaALLAH.. aku ok jer kot..balik rumah mcm biasa.. aku menelaah muka kekasih hatiku.. wawa.. manusia yang paling aku sayang... kalau sesuatu terjadi pada kekasih ku ni.. memang tak tahu ler mcm mana aku nak hadapi hidup ini..
dalam hidup aku.. banyak benda yang terjadi.. cinta.. hmmm.. aku pernah ada cinta hati.. orang yang amat aku sayang.. untuk bersama banyak beno dugaan dan rintangan yang terpaksa diharungi tapi tu lah kan.. jodoh.. maut.. ajal.. semua kat tangan ALLAH.. aku cuma mampu merancang.. TUHAN yang tentukan semuanya.. muka-mula dulu.. mmg hancor berderai hati aku.. hancor sehancusnya.. tapi skrg.. alhamdulillah.. everything will be ok..
tadi aku terima 1 msj.. hmm.. ada lah seorang hamba ALLAH ni.. ntah la.. mcm ada chemistry antara aku ngan dia ni.. tapi.. ntah.. mungkin aku jer yg lebih2 kot.. atau.. mungkin.. betul2.. tu pun aku tak tau nak ckp apa.. ankel pink dragon... nama tu wawa yg bagi.. tapi aku tak tahu.. betul2 aku blur skrg ni.. adakah ini cinta ?? adakah ini yg dikatakan cinta untuk aku.. aku berserah semuanya kat ALLAH.. kalau dia jodoh untuk aku.. aku terima.. kalau tidak.. Ya Allah Seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dgn hatiku Titipkanlah bahgia ant kami, agar kemesraan itu abadi ,ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yg sejahtera & abadi.
Tetapi ya Allah Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan miliku Bawalah ia jauh dr pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku dr kekecewaan. aku betul2 blur.. aku tak tau nak buat apa.. 
YA ALLAH.. ENGKAU PERMUDAHKAN URUSANnya YA ALLAH.. MOGA2 DIA SELAMAT.. AMIN..
esok hari penting untuk dia.. aku harap dia akan ok.. aku harap semuanya berpihak pada dia.. kerna dia terlalu baik untuk disakiti.. amin ya rabbal alamin

HANYA DISINI KU CURAHKAN SEGALANYA
cikzura

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~