Monday, February 28, 2011

LUAHAN SI DAYANG...

Bila agaknya dapat kuyakini
Kegilaan ini
Jika aku ketahui puncanya
Sekali ingin kututupi rapi
Bila kufikir-fikirkan
Ada kemesraan ada keakraban
Berputik rasa kasih dan sayang
Menjadikan hari-hari yang berlalu
Bagaikan kelopak segar
Memberi wangian dan kembangan
Bersemi di dalam hati

Ada ketikanya, aku mengharapkan agar hujan lebat turun membajiri laman dan menganak sungaikan setiap parit kecil, melunturkan warna daun yang baru bercambah, menghentikan beluncas dari menjadi rama-rama, menghanyutkan kelopak-kelopak layu dari tangkai yang kering, membutakan mata pena, meleburkan salji yang putih bersih, menghakiskan salji yang putih bersih, menghakiskan lumut hijau dari pokok yang sebesar pemeluk..lalu berseleraklah seluruh ruang alam seperti  hati yang berkecai

Ada ketikanya aku seperti merasa ingin memanggil hujan di tempat perteduhan ini. Agar airnya dapat menyuburkan kembali hati yang hamper layu, membasahi kembang-kembang kelopak yang mula menguncup, menyegarkan kembali akar-akar perasaan yang hamper musnah
dim amah perut bumi.

Seperti diriku ini, kau kata kau juga amat sukakan hujan. Selalu kau mengharapkan hujan itu turun kerana kau kata hujan penyambung rasa cinta seluruh alam. Hujan menemukan parit-parit kecil, anak-anak sungai,batang-batang sungai dengan laut yang luas, menemukan muara dengan puncanya, mendekatkan kawasan pergunungan di pedalaman dengan tanah datar dan persisir pantai. Kau juga kata mungkin hujan akan menemukan kita, menghidupkan kembali hati yang hamper layu, menyegarkan kembali kelopak jiwa yang apinya hamper padam.

Ada malam-malamnya, hujan turun lebat. menghempas bingkai kamar. Terkejut aku dari tidur yang lena . kudengar bunyi hujan. Segera aku teringat kau di sana. Adakah kau juga menangis seperti aku.. mengira titis-titis hujan. Adakah kau juga sepertiku? Menahan rindu yang kian mengcengkam… ataupun di sana kau sudah lena bersama  selimut malam tanpa aku..

Maka, walaupun siang bermatahari gagah atau malam-malam dengan himpunan kerlipan bintang, kita sama-sama pasrah dan yakin menunggu kalau-kalau ada hujan. Biarpun seketika aku tetap bersyukur, cukuplah sekadar seketika aku bisa memercik titisan hujan ke muka ku. Kubasahi ubun-ubun ku.. sejuknya.. seperti kau mengucupnya.

Dan ada malam-malamnya, ku mendengar sahaja nyanyian hujan dan mengimpikan untuk duduk di atap menghayati nyanyian hujan,menarikan tariannya, dan ada waktu-waktunya.. aku bertanya pada diri..kau dan akukah hujan itu? Bersatu dalam rindu. Dan aku akan terus setia menunggu agar hujan itu membasahi bumi kenyalang ini. Akan tersenyumlah alam tatkala melihat aku tersenyum. Moga kau juga akan turut sama tersenyum.  Hujan… sampaikan rasa kasih ini padanya. Nyatakan rasa rindu ini pedanya. Sampaikan padanya .. walau badai mencincang tubuhku. Aku akan tetap di sini. Tidak berganjak seperti orang-orang di tengah sawah. Akan terus setia kerana hanya dia yang daoat merawat hati yang parah ini. Hanya dia yang dapat menghapuskan airmata di pipi ini.

Pada kau.. ini titipanku di bumi kenyalang ini..
Telah pernah kita himpun manis bersama
Pernah juga kelat dan masam terasa
Kita berlari di saat orang lain ketiduran
Kita himpun wangian yang tercicir
Lalu ianya menjadi kalung
Kalung yang indah dan wangi
Kini aku kian mengerti
Musim berjauhan yang begitu menguji
Aku harus pasrah dan kuat berdiri
Meskipun kau sering hadir dalam mimpi
Memesra dan memanjai
Biar telah pernah kita lewati
Manis mimpi
Dan
Pahitnya rialiti
Aku cuma berharap agar mereka mengerti
Tentang rindu yang marak di hati ini
Kita tak mungkin dapat dipisahkan lagi
Selagi nafas kita bersemu
Kerana aku amat pasti
Hanya kau RAJA di hati

Luahan si DAYANG
CIKZURA
28.FEBUARI.2011

2 comments:

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~