Thursday, March 31, 2011

penantian ... titik itu

penantian
meraut peribadi
menahan segala prasangka
yang meraja dalam diri
untuk segala gerak dan diam
meluaskan sebuah daerah takdir.

pada titik awal
bunga kembang megah
daun berselerakan di lantai alam
burung berkicau tanda gembira
unggas bersahutan
tanda bersyukur pada alam
tapi..
pada titik akhir
penanti menangkap titik akhir
pada tangga terakhir
dia sudah memanjat kembali
tangga pertama
menuju kerusi setia
mungkinkah akan tergelincir lagi?

penantian meraut peribadi
melihat sama ada kita bisa setia
penantia itu
bisa menipiskan watak
dan menggadai sebuah kedamaian.

cikzura
bumi kenyalang

APA PEDULI AKU

apa peduli aku
tentang nyanyian alam
di awal ketika
kepada batu dan raja
sekarang aku masih hamba
kepada kemiskinan
hari-hari sesak oleh gelut
mendengar bebelan sang rimba
yang tidak mengerti

aku kembali khadam kepada tanah
yang dahaga tetapi masih dapat dipujuk
untuk sekali lagi berbuah.

hari ini aku merasa usianya
seperti aku kenal tulang keringku sendiri
dan hari ini kubiar dia berehat
di bawah atap rumput
cuti akhir
dunia yang tidak pernah berhenti

besok..
mungkin giliranku pula.

apa peduli aku
sama batu dan raja
semuanya pemeras peluh si miskin
yang menunggu masa untuk makan dengan rakus

Tuesday, March 29, 2011

PEMBESAR

DIA TIDAK MUNGKIN SALAH
KERANA DIA PEMBESAR
SETIAP PATAH KATANYA DIKUTIP
SEPULUH PERAKAM SUARA
MAKA SUARANYA MEMANJAT KEYAKINAN
MENJAWAB DENGAN PENUH KEBENARAN 
DIAMBIL DARI PARTINYA.
dia mengupas ekonomi
seperti dia yang mengarah kebudayaan
di akhir hayatnya
dia diangkat jadi dewa
namun dia orang LUWES
hampir pilihanraya
sut indahnya diganti pakaian masjid
dan janji sumbangan peribadi

cikzura
bumi kenyalang

Sunday, March 27, 2011

diari aku ~ aku main tulis jer

assalamualaikum.. lama giler aku tak update blog aku ni... haduii... seminggu ni.. aku memang betul2 takda idea nak tulis apa2.. ntah ler.. aku pun tak tau naper.. ilham ke laut kot bhahahaha.. jiwa kacau gak.. tu ler punca sebenarnya.. kadang2 aku rasa pelik.. apa yang aku pelikkan.. aku sendiri pun tak tau.. ahaks..
ni pun aku tak tahu nak tulis apa.. aku main tulis ikut suka hati aku jer..korang pecaya tak kalau aku kata hidup ni pelik.. bila kita dah bagi kasih kita kat org.. kadang-kadang orang tak reti nak hargai... bila kita dah blah.. baru tergedix2 nak kata kasih kat kita balik.. bila ada depan2.. langsung tak dihargai.. rasa macam banggang jer bila org buat mcm tu kat kita.. sampai bila kita nak korbankan hati kita untuk menjaga hati orang lain?? sampai hati kita sendiri kita pinggirkan..phewww..
serius aku tak tau nak tulis apa lagi ni...tapi semenjak 2 menjak ni.. cool.fm.. radio tmpt aku deejay.. dah mencuri hati banyak orang.. aku rasa seronok sangat.. sinilah tempat aku menggedix dan tmpt aku meluahkan apa yang terbuku.. sapa2 nak dengar leh masuk kat sini http://radio-coolfm.blogspot.com/ aku suka kalau org happy.. dapat responds positif dari listener.. buat aku happy sgt2.. aku syg giler ngan radio cool.fm ni.. sebab radio ni lambang persahabatan aku ngan comot n crewz.. :) eternity !! lantak la apa org nak kata.. yang pasti aku sayang sgt ngan 2 org ni.. abadi dalam hati aku.. 4 ever.. tq frens.. :)
masa aku men deejay ni.. banyak benda yang aku tengok.. macam2 gelagat listener yang mencuit hati aku.. ada yang bagi lagu ngan awek.. sesi pujuk2.. sesi kutuk2.. sesi meroyan2.. bhahahahaha cukup rasa.. kawan baik aku pernah kata.. beb.. kalau ko nak jd deejay yg sentiasa di hati listener.. ko kene jadi diri ko sendirik.. takyah nak kontrol2 ayu.. kontrol2 suara.. ahaks.. mmg aku jadi diri aku sendiri.. lantak aku nak bebel apa bila aku on air.. mmg sengal .. kahkahkahkah.. ok lah smpai sini jer.. nanti aku tulis lagi ok.. :) muahhhhhh awk.. saya sayang awk sgt2.. saya janji saya tunggu awak kan.. mmg saya tunggu awak.. :) cinta2 notty bhahahahaha

dari kekasih untuk kekasih
jiwang krom tahap gaban z potong 2 aku bhahahahahah
bumi kenyalang

Monday, March 21, 2011

PENCURI HATI

Untuk kamu,penyuluh hati
Kerna memahami
Perjalanan hidup ini
Memang berliku dan meletihkan
Sesukar menyusuri denai kerikil di lereng curam
Tanpa hala dan tanpa arah
Bila alpa..
Bisa sesat dan tersesat di belantara kejahilan
Bila jatuh dan tersungkur, terus ke lembah kedaifan.

Untuk kamu,penggerak hati
Kerana mengerti
Mengasuh di laman budi
Menyusuri titian waktu dan menganyam daun usia
Bersama datang dan perginya kenakalan di serambi kasih
Adalah sesukar mengumpul buih-buih putih di varanda pantai
Selalu bergegas mengejar hari yang terlewat musim
Terpinggir dan tersadai di muara alpa
Bisa terapung dan hanyut di dada laut yang asyik.

Untuk kamu,penyair hati
Kerana menerima
Penerokaan maya siber dan padang sedar
Sentiasa membaur kenyataan dan impian
Memunggah khazanah pemikiran pujangga purba
Sesukar meneladani budi seorang pendeta
Tapi kau tabur jua pesan nesihat dan bicara keramat
Di setiap sudut kamar khayalku.

Untuk kamu,pencuri hatiku
Ketika lurah mimpi dan gunung harap
Berbalam dalam kesamaran
Kamar hati tertutup rapi di pinggiran tua
Kembara deria terbatas pada ruang menung
Bingkai wajah terpacak kaku
Pulau singgahan berkabus tebal di pinggir sepi
Tapi langkah penuh beradab.

Terima kasih pencuri hati
Kerana kau dating bersama sinar doa kudus
Penuh yakin menabur rindu kasih syahdumu
Pada setiap ruang dan sudut jasad
Jiwa dan ragaku
Kini..
Masa untuk berlabuh
Berteduh di bawah rimbunan pohon imanmu
Masih adakah sisa harapan?

Cikzura
Bumi kenyalang
Mac 2011

AYAHNDA MAZLAN SULONG

Kau kata aku bunga itu
“ masuklah ke laman tamanmu, ada wangi bunga merata ruang,
Kaulah bunga itu, mekar sendiri dalam sunyi ”

Akukah bunga itu?
Hanyut dan tersadai
Dalam tamanku…
Kembang mewangi dirapati sang kumbang
Tetapi akhirnya lari bila angin menerpa

Aku bukan bunga itu
Aku Cuma daun-daun kering
Di taman itu
Iya ayah…
Aku bukan bunga itu
Ataupun kau lebih mengerti
Siapa aku…

Derita sering menjelma
Kau sering kata aku bunga
Bunga wangi yang wanginya kembang kuncup dihati
Bunga yang dipetik
Kering dan dipasukan
Itulah aku ayah?
Aku aku hanya bunga
Penyeri taman
Kembangnya Cuma seketika
Ibarat musim bunga di kota London
Semusim yang indah
Kemudian hilang…
Itukah aku ayah?

Cikzura
Bumi kenyalang
Mac 2011

Sunday, March 20, 2011

KEPADAMU...

kepada yang kuat
di ajar menolong yang lemah
kepada yang lantang
di ajar takut jangan bermain kata
kepada yang suka tidur
di ajar nikmat bangun
kepada yang manis rupawan
di ajar supaya kenal wudhu sepertiga malam
kepada yang tidak pernah kenal erti tenang
di ajar leganya bernafas perlahan

kepada kamu..
apakah manusia ini
makhluk yang termadat dengan marah?
yang megah berdiri
ditusuk pedang
dihunus tombak
dibedil ak47
tidak gentar berkelahi
adakah ini gambaran
gambaran sempadan sejarah?

cikzura
bumi kenyalang

diari aku ~ mood ke laut

assalamualaikum.. beberapa ari ni mood aku tak brapa elok ler plak.. hormon tak stabil kot.. hishhhhhhh... asal aku sorang2 jer.. mula lah..sadis berlaku.. ntah apa yg ada dlm kepala hutak aku ni..aku sendirik pun tak paham..malam2 aku tak dpt nak lelap... kene makan ubat tido ..baru aku dapat tido.. hishhhh
mampos aku kalau ari2 mcm ni.. aku skrg.. mmg takda istilah BERSOSIAL.. mana ntrah pergi perkataan tu dlm kamus idup aku.. aku terperuk jer kat rumah... hmm.. aku malas la nak kluar berpeleseran mcm dulu-dulu.. bukan aku tak ingat kawan2 aku.. tp..ntahlah.. aku tak tau... 
mlm ni plak.. dr kol 9pm td aku golek golek..terbelit.. melingkar atas katil..mata aku tetap segar.. hishhhhhhhhhhh... napa la jd mcm ni !! penat lah aku !!!
mood aku ke laut.. aku tak tau nak fikir apa.. dah brapa ari blog ni tak diisi dgn puisi.. hutak ku takleh berpikir.. ntah.. asal nak carik ayat.. hilang.. idea nya banyak.. nak menyusun ayat tu yg berjam2.. satu ayat pun tak siap.. mcm mana tu... ayyooooooooooooooo..nazak aku ni

Friday, March 18, 2011

KENAPA?

ketika aku sendiri
banyak yang aku fikirkan
tentang erti kasih
tentang erti sayang
kenapa kita sering kalah dengan perasaan ini
pernah aku terfikir
lahirnya seorang permata..diolah dengan penuh kasih
hasil kasih itu yang membuahkan benih cinta
tetapi kenapa kita sering
lupa akan perasaan itu
bila benih itu lahir
ia diinjak
ia dilumat hingga tiada lagi
peluang untuk mengenal erti kasih
mengenal erti cinta
umpama pohon di hutan
ditebang dengan rakus
demi memuas nafsu menusia...

cikzura 
bumi kenyalang

Thursday, March 17, 2011

LELAKI ITU....

Lelaki
Apa mahumu?
Adakah kau direncana
Untuk menyintai wanita
Dan kemudian
Melukai wanita dengan rakusnya
Sehingga  semua urat
Dan tulang menulang
Rebah di bumi ALLAH….

Lelaki
Sering kau laungkan
Suara bergema di seluruh alam
Mendabik..kepala di donggakkan
Kau kata
“ wanita asalnya dari tulang rusukku ”
Akulah ketua yang wajar kau segani
Akulah tuanmu yang harus kau patuhi
Tapi..
Adakah kau lupa lelaki
Siapa yang mencipta tulang rusuk itu?

Rebah di senjakala
Terduduk di istana
Terpana di pinggir jendela
Terpesona di birai tangga
Tersentap Di tiang utama
Adakah kami hanya untuk disakiti
Salahkah kami
Wanita pencari kasih
Mengharap secubit esak tangis
Dan penghormatan
Atas dasar cinta?

Lelaki
Asalmu dari tanah
Pergimu jua pasti ke tanah
Tegapmu bukan untuk menyakiti hawa
Gagahnya kamu bukan untuk menghiris jiwa
Adam dan hawa
Asalnya kita
Dan kita hasil kasih mereka
Lalu diturun ke dunia selamanya
Dan kau lelaki
Pengasih wanita selamanya

Cikzura
Bumi kenyalang
Mac 2011

KASIH~SAYANG~CINTA~RINDU

kasih
ketika ini aku termanggu
mengingati kamu
aku teringat kisah antara kau dan aku
perkenalan itu
indah...sungguh indah
aku ingin sekali
kau menjadi milikku
aku akan terus setia
menunggu kamu di sini
kerana itulah janjiku

sayang
aku ingin sekali membelaimu.. memelukmu
menenangkan hatimu ~ saat kau gundah
menjadi penawarmu ~ ketika kau sakit
menjadi sahabatmu ~ ketika kau murung
aku berjanji hanya kau yang kusayangi
selama aku bernafas
aku akan terus menjagamu

cinta
walau siapa pun kamu
kau cintaku
itu sumpahku
tak pernah aku mimpikan
kau akan meninggalkan aku
takkan pernah aku temui insan
sepertimu
hatiku dan hatimu telah bersatu
aku serahkan hatiku
untuk kau miliki
dan hatimu akan ku simpan utuh
di hatiku

cinta
setiap kali aku mengingatimu
aku tak bisa berbuat apa-apa
hanya suaramu penemanku
air mata yang tumoah
sarat dengan rindu
haruskah aku ulangi
rasa cinta ini untuk meyakinkanmu
atau masih ada ragu
rusuhkan hatimu?
takkan ada lagi cinta yang lain
cinta..
aku pun takut kehilangan...dirimu

rindu
terlalu sarat dalam dada
semakin hari semakin menghimpit
tak akan ada
ruang lagi
dengar kata hatimu
kerana dihatiku hanya ada kamu
hanya kamu
dan.. rasa
kasih..sayang..cinta rindu ini
hanya milikmu selamanya
sehingga hati kita bersatu...

cikzura
bumi kenyalang
2011
~ hanya kau yang ku mahu dan yang ku tunggu kerana dalam aku ada kamu.. dan dalam kamu ada aku ~

Wednesday, March 16, 2011

AKAL

titik mula
terpercik
pada lopak pertama
anak air menarik cair bukit
menggelegak di tengah kerikil
meraut akar hutan
menyelongkar tepi batu
buih menampar langit

jiwa di luntur
hati di ubah
jasad d pindah
akal di injak
dari bahan alam
jiwa menangis
hati mengikis
jasad meraung
akal mula menghilang

nilai ditemu
dalam siratan pengalaman
hukum disusun dari saksama
hilangnya akal
hilang semuanya

HIDUP

mengelongsor
menyusur
denai-denai
penuh likunya
kadang menggelupar
kadang damai
kadang dihempas
karam di laut luas

payah
selulit menghambat
sukar
dipanah kuatnya petir

pengharapan
sering ada
berbaliklah pada yang asalnya
asalnya kita
dari mana?

hairan
lupa asalnya kita
pelik
alpa tentang kita
dari janin
gelap di dalam lohong ibunda
cahaya itu
tetap ada
selagi kita tahu makna cinta
pada siapa?
tanya diri
disitu ada jawapannya

bumi kenyalang
cikzura
mac 2011

Tuesday, March 15, 2011

KONSPIRASI MURTAD ~ UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA

KONSPIRASI MURTAD

Murtad dalam definasi kamus bermaksud meninggalkan (“keluar”) dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).
Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik. Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.
Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.
Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.
Kes-kes Murtad yang hangat di Malaysia
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan story ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 menjangkau 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Statistik Permohonan Tukar Agama
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut:-
1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Kes Aisyah binti Haji Bukhari.
    Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia. Duduk di Lembah Keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
    Hari terakhir dia telefon pada 19 Nov 1997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian,” katanya. Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan bagaimana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.
    Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir itu meminta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan:-
- Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
- Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
- Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik“.
Kita tak boleh buat apa-apa kerana Article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang sivil, undang-undang syarak akan terbatal.
Maksud agama rasmi Malaysia iaitu Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, perasmian parlimen dll dan tidak lebih daripada itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi, agama…semuanya tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak’.
Kes Hartina binti Haji Kamarudin.
    Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya ke KL sewaktu 19 tahun untuk mencari kerja. Tidak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya sebagai Hindu dengan mencalitkan nandek di dahi. Malahan, anak yang sudah kafir itu, mencabar bapanya dengan memperlihatkan dirinya, kekasih dan kawan-kawan kekasihnya berpeluk-pelukan di dalam restoran. Haji Kamarudin takek tengkuk kekasihnya itu. Menggelupur terus lelaki itu di depan restoran.
    Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan kekasihnya sampai pengsan. Adik lelaki Hartina yang berumur 16 tahun turut dibelasah kerana cuba menyelamatkan akidah kakaknya di depan restoran tempat bapanya berniaga.
    Apa Hartina buat ketika itu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tidak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report mengatakan bapanya memukul kekasihnya. Selama 14 hari Haji Kamarudin dan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap akibat report Hartina, anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tidak cukup dengan itu, disaman pula bapanya RM3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Dia juga menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari iaitu nama untuk agama barunya iaitu agama Hindu.
    Semasa masih terlantar di hospital (akibat dipukul), Haji Kamarudin ditangkap polis semula kerana kekasih Hartina yang beragama Hindu itu, ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Haji Kamarudin, anak dan anak saudaranya dikurung ke lokap sebagai suspek utama kes pembunuhan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. Haji Kamarudin juga dikenakan pelbagai tuduhan. Setakat itu saja, sudah 4 tuduhan.
    Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Kes melibatkan Yusof bin Abdullah.
    Saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal mengikut agamanya yang dahulu, Santana. Mempunyai seorang isteri, anak lelaki bernama Sunjay (if not mistaken) yang berusia 2 tahun ketika itu. Yusof mengajak isterinya memeluk Islam sementelah abangnya juga lebih 20 tahun memeluk Islam. Isterinya menolak. Yusof bawa anaknya peluk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Selama 2 tahun dia hidup dua beranak.
    Selepas 2 tahun, bekas isterinya (yang masih memeluk Hindu) datang dan melarikan anaknya ke KL bersama kekasih barunya. Yusof segera ke mahkamah syariah Alor Setar, minta keluarkan perintah hak penjagaan ke atas anaknya.
    Melalui surat hak penjagaan mahkamah, Yusof ke KL dan ambil semula anaknya. Bekas isterinya pula pergi ke mahkamah tinggi KL minta hak penjagaan anak. Mahkamah tinggi meluluskan permintaan wanita ini. Namun, dia buat report polis bila tidak dapat ambil anaknya itu. Tahu polis buat apa? Polis cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap selama 8 hari. Syazani dipulangkan pada emaknya.
    Hari ni, Syazani kembali menjadi Hindu. Tak cukup dengan itu, bekas isteri Yusof, memohon kepada mahkamah tinggi agar batalkan perintah hak penjagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah syariah Alor Setar kepada Yusof.
Kes Suzie Teoh pula.
    Dalam kes Suzie Teoh iaitu budak perempuan Kelantan berumur 16 tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya yang marah, menyaman anaknya itu dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan seterusnya mengheret anaknya ke mahkamah persekutuan. Dia memohon pada makamah, agar pengisytiharaan anaknya ke dalam Islam dianggap tidak sah.
    Ketika itu, Tun Salleh Abas yang bertindak sebagai hakim, seorang yang alim dan warak. Apabila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, Tun Salleh Abas menangis. Terpaksa buat pengisytiharaan ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibu bapanya selagi belum cukup umur 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapa. Suzie Teoh yang memeluk Islam ketika 16 tahun dianggap tidak sah’.
    Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail itu selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, selepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka semula kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Mahkamah ketika itu mendapat liputan meluas dengan wartawan tempatan dan wartawan asing yang mahu mendengar keputusan Suzie Teoh.
    Suzie yang baru berumur 18 tahun, sambil menangis berkata, “Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini”. Maka Tun Salleh Abas dengan bangganya mengisytiharkan pengIslaman Suzie itu sah dengan nama barunya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.
    Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas dibuang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir yang paling teruk adalah kes saudara kita, Ibrahim.
    Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.
    Terjadi pada malam hari Valentine 14 Februari, sewaktu anak Melayu kita yang Islam bertukar-tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
    Ibrahim bukan saja dipancung kepalanya sehingga putus malahan tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
    Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk, darah mereka masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
    Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu dan bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam mengenai Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan mata. Amar diugut supaya menukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar berkata, “Allah hu Ahad”. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula daripada bawah tembus ke jantung dan mampu berkata, “Allah hu Ahad”. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Akhirnya mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan, “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya, “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”. “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula”. Sahabat bertanya lagi, “Mengapa begitu ya Rasullullah?”. Rasullullah SAW menjawab, “sebab dia menjual agamanya dengan nilai dunia”.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtadini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap”. Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (kalau tak silap).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ini sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebiji, 70 ribu Melayu tak sembahyang di Stadium Shah Alam. Belum kira yang di rumah, leka melayan siaran langsung perlawanan bola.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam Perang Salib terakhir (iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir). Sebelum mati, dia meninggalkan wasiat yang ditulis dengan emas di London. Dia berkata, ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam‘.
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, pada 1492. Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung ketika itu tumbang di tangan Kristian. Pada 1511 kerajaan Islam Melaka pula tumbang. Kemudian, jatuhnya kerajaan Islam Pattani, kerajaan Islam Kedah, kerajaan Islam Mindanao, kerajaan Islam Acheh dan semuanya tumbang satu demi satu.
Macamana perkara ini boleh terjadi?
Gerakan Kristian berjaya berdasarkan kepada 3G iaitu GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitabnya, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque datang ke Tanah Melayu bukan kerana inginkan rempah ratus kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian iaitu Francis Xavier (kalau tak silap ejaan), kerana nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian?
Ia dinamakan sebagai gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia. Menggunakan kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.
Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita.
Contoh penyebaran melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi.
Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian Melayu muslim tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati…’Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian’.
Cara kebajikan pula, hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulan, palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisma.Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ini mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.
Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Di konsert, di panggung wayang, di kelab-kelab malam, malahan terikut-ikut dalam pergaulan seharian kerana orang Melayu kita suka bermegah dengan sikap kebaratan. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati untuk menanganinya.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan penulisan ini kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, penulisan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Ini lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
Wallahualam.
Disclaimer: Penulisan ini tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah tiada. (Sensative to races/believer)
Sumber : cikwiduri.wordpress.com

diari aku (( pemandangan di daerah kelahiran ku ~ ku abadikan di sini ))

assalamualaikum...
ini antara gambar-gambar yang sempat aku edit.. hadui.. penat jugak wat benda ni ekh.. maklum ler.. aku baru jer nak blajar-blaja.. gambar-gambar ni semua di hambik di daerah kelahiran ku.. sarikei bumi kenyalang.. ini daerah kelahiran bonda jugak.. ada masa nanti nak letak plak daerah kelahiran ayahnda.. alahai.. windu nya nak balik kampung..hmmm.. jadi jom... sama2 kita melancong di daerah kelahiran saya... :)
ni part 1 ~ part 2 akan menyusul... :) tungguuuuuuuuuuuuuuuu










~kebanggaan ku ~

diari aku ~

memang cantik... sangat cantik... tanah tumpah darahku
Assalamualaikum... kembali lg bersama ngan aku... hmm... brapa ari dah aku tak tulis diari dalam ni..semlm macam2 jadik.. aduhh penin kapala aku dibuatnya.. ingat nak rilex kat rumah.. santai-santai tp something happen.. hmm.. nak wat mcm mana.. aku merancang ALLAH yang tentukan.. takpe.. takpe.. moga keadaan akan jadik lebih baik lepas ni.. aku ada godek2 gambar2 lama kampung halaman aku.. tetiba nak memperkenalkan kampung aku kat korang.. ni kampung sebelah bonda.. di bumi kenyalang.. alahai... veli nice.. aku akan masukkan 2 pic dlm diari ni dan nanti aku akan masukkan pagi sekitar daerah kelahiran ku.. aku tgh edit n setting apa yang patut.. maklum ler.. pic2 lama... ada yang dah kusam.. kene lah makup balik.. :)
pic ni diambik di sekitar rumah aku..waktu ptg.. pandai jugak aku ambik pic.. ahaks

Monday, March 14, 2011

YANG TINGGAL


yang tinggal hanya beberapa kata
dan perasaan lama
tersusun dalam sebuah pasu lama
ditenteramkan oleh cinta
tapi kata-kata adalah pelukis setia
yang bergemarincing dengan makna
yang berzikir dengan kata
basah oleh cerita
tetapi cerita apa?
cerita tentang pasrah seorang wanita
mencari cinta..



cikzura
bumi kenyalang
mac 2011

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~