kertas kosong
aku catatkan sesuatu
tentang perkhabaran angin malam
tentang lagu bintang
alunan merdu gambus
bersemarak di jiwa
aku ini apa mahuku sebenarnya
semilir angin syahdu
atau
aku inginkan pelangi petang
yang tiada pengakhirannya
pena ini terus basah
dibasihi embun sukma
membakar segenap puing-puing lagu
apa mahu ku
lahar panas membara
menusuk tepat ke jantung alam
awan berarak gelap
di hujung jalan sana
ada lagikah panas terik
memaksa aku terus melangkah
aku pasrah dalam sedar
menghitung jari jemari yang kaku
di tiup
di hempas
badai gelora
mengcengkam
seluruh nadi ini
memukul seluruh raga ini
sehingga aku
lemas
di sebalik hembusan angin permai
sehingga aku terkapai
sendirian...
cikzura
dalam kepayahan
feb 2011
No comments:
Post a Comment