Sunday, February 27, 2011

diari aku ~

assalamualaikum..

perghh... 2 hari ni memang blur giler.. langsung tak ada idea nak menulis apa..diperah-perah.. di toreh-toreh pun tak ada apa yg boleh dijadikan 1 idea yang menarik.. aku baca jer tulisan2 orang lain.. nak buat.. tapi memang tak ada idea sikit pun...kalau yg borak merepek tu banyak pulak idea kat kepala hutak ni ahahahahaha...baru sebentar tadi aku ni pergi la usha2 satu tempat yang memang meriah dengan umat manusia.. seronok aku melihat mereka.. macam 1 komuniti :) aku memang selalu tengok-tengok jer kalau masuk sana.. tak berminat aku nak mencelah.. budak-budak muda.. hehehehe .. aku ni dah TUA.. jadi rasa macam tak sesuai pulak :) ada banyak benda yang menarik di sana.. memang budak-budak muda sekarang ni hebat2.. kalau nak dibanding dengan aku ni.. buat blog ni pun terkedek-kedek.. apa yg ada.. itulah yg aku rembat.. ahahaha
ada satu benda yang menarik perhatian aku.. aku terbaca tentang satu artikel peribadi dari seorang blogger. aku tertarik tentang definasi dia tentang topik yang dia utarakan.. memang bagus ayat dia.. dan keberanian dia memang terserlah.. tp aku tergelak lah jugak tengok..ada yang KURANG di situ..
blog aku ni pun.. aku rasa tak ada sapa pun yang baca..aku tulis.. then aku click publish post.. then aku tgok.. then aku sendirik yang baca.. aku tak tahu pun fungsi follower tu apa.. macam mana nak follow.. ahahahah sian kan aku.. tapi aku tak kisah pun.. sebab bg aku.. sini adalah tempat aku berkarya.. aku luahkan apa yang aku rasa.. tp dengan pendekatan yang berbeza.. :) puisi.. itu sahaja yang aku tahu.. aku abadikan di sini.. sebab aku tau.. selagi aku hidup.. benda ni akan tetap ada di sini.. aku mati pun.. ianya akan tetap ada... karya2 aku.. itu tujuan aku buat blog ni.. :)
panjang lebar aku bebel.. wawa pun batuk-batuk tak sihat.. ada masa nanti.. ada idea.. aku akan bebel lah lagik di sini.. nanti aku jugak yang baca..
aku nak tulis tentang hidup aku.. :) adios.......

No comments:

Post a Comment

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~