Sunday, March 13, 2011

KISAH YANG HAMBAR

lapis cerita ditimbun
gelisah terus mendesak
dalam wap samar
diri terkontang-kanting
mencari laluan
berliku atau yang lurus
kuturut takdir
manusia disalut noda
noda cintakah itu?
seperti mencermin nasib sendiri
di usia ini aku tahu
akhiran semua cerita
penghujungnya cuma ada dua
suka atau duka
dan keduanya tetap hambar pada kisah
hambar pada usia
yang makin beranjak tak menunggu
atau aku ingin mengelak akhirannya
kerana ingin menunda
kisah tragis cinta aku dan dia
titik yang menamat semua cerita

No comments:

Post a Comment

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~