Monday, March 14, 2011

~JALINAN RASA KAU..AKU DAN DIA.. ~

rasa yang terjalin
antara kau..aku dan dia
bukan bohong
ianya benar
dalam kepayahan aku bergelut
bergelut dengan ombak pengharapan
akar dan dahan
umpama kau dan dia
berkepentingan untukku
tapi salahkah aku?
Secebis kasih menjadi sandaran
Sekelumit cinta jadi pengharapan
Haruskah aku terus
Berharap
Jika aku  pasti keduanya
Akan hilang
Ditelan arus emosi yang kucipta sendiri.

Biarkan aku terus berkhayal
Kerana jalurnya meminjam nyata
Di bancuh dari suara alam
Dan ianya lebih indah
Dari anggerik rimba
Irama yang kunyayikan
Bukan pincang
Cuma angkuh kedengaran
Inginkan keduanya
Menidakkan kata adat
Iramanya tanpa bunga
Kubenarkannya berenang
Dalam arus diri

Cerita ini bukan sebabak
Seorang watak dan seorang lawan
Seorang benar dan seorang palsu
Akhirannya?
Aku juga tidak tahu
Mungkin
Si palsu akan jadi raja
Dan wira akan pergi meninggalkan syair pujangga….

cikzura
bumi kenyalang
mac 2011

No comments:

Post a Comment

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~