Tuesday, March 8, 2011

DARI KACAMATA SESEORANG....

Di galeri ini
Seorang pelukis mengadun pelbagai warna pilihan
Berbekalkan tinta dan pena
Digarapnya
Dari hijau rimba kejahilan kepada ungu danau keimanan
Dari kelam warna impian kepada biru laut harapan
Dari lembut sungai perjuangan kepada merah mercu peradaban

Dengan bakat yang ada
Dia menghimpun yang terbaik
Diconteng di kanvas putih
Terbentuk di atas jalinan peribadi
Warna dogma dan sinar
Warna kehidupan dan kemanusiaan

Musim ke musim seniman ini terus bersimbiosis
Menyerap pengorbanan dan pengalaman
Mereka corak abstrak
Sukar dimengerti
Tercipta lagi sebuah sketsa
Dari panorama yang indah

Sedarkah ?
Lukisan-lukisan inilah bakal penyeri
Ruang ketemadunan
Dalam
Menyahut gema wawasan

Cikzura
Bumi kenyalang
Mac 2011

No comments:

Post a Comment

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~