kemasuki lif menara
bising aneh menerkam telinga
3 patah kata melayu
11 kata inggeris sebutan ganjil
jenaka yang berplot desa
namun bergerak dgn sepatu mahal
dibeli di jualan murah oxford street
ini bukan duniaku
dunia yang melayu malu menjadi melayu
melayu malu berkata seperti melayu
kerbau dicucuk hidung
konon lebih prestij...
cikzura
bumi kenyalang 2011
sesuatu yang berlaku kelmarin.. membuat aku malu.. bukan malu kerna aku melayu.. malu kerana anak melayu malu berbahasa melayu.. sedangkan inggeris pun seperti ayam mematuk padi.. :) aku hanya tukang cuci.. yang terlalu sayangkan bahasa...bahasa melayu kita..indah ... lembut.. penuh santun
No comments:
Post a Comment