assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh (( berjumpa lagi kita ))
pagi satu yg menyejukkan ~ tetiba terasa ingin mencoretkan sesuatu tentang sahabat ,kawan, rakan,
member. peng yu atau apa sajaha gelaran yang kita bagi ..
ada yang menyatakan sahabat dan kawan tidak sama maksudnya
ada yang mengatakan kawan dan member tidak sama definasinya
untuk diri kita sendiri ~
apakah maksud semua kata tunggal ini ~
mempunyai pengertian yang sama atau mempunyai perbezaan
pada zahirnya ianya sama sahaja tapi mengikut penilaian mata hati seorang insan ianya mempunya definasi yang berbeza
zaman sekarang boleh kah kita jumpa
kawan yang tidak makan kawan
kawan yang tidak tikam kawan
kawan yang tidak jatuhkan kawan
kawan yang tidak berpura-pura sebagai kawan
atau kawan yang benar-benar ikhlas menjadi kawan
ini pendapat saya ..sekadar pendapat untuk kita kongsi dan renung kembali adakah kita kawan yang benar-benar kawan
ungkapan ..
duduk semeja.. kongsi kopi secawan... makan mii sepinggan ... isap rokok sebatang kongsi ramai ramai
memang ramai yg berbuat seperti ini
adakah ini kawan ??
kawan sejati ialah kawan yang berlaku adil pada dirinya dan juga kawannya
kawan sejati ialah kawan yang sentiasa mendoakan kesejehateraan kawannya
kawan sejati ialah kawan yang sanggup berkorban untuk kawannya
kawan sejati ialah kawan yang menegur kawan secara ikhlas dan menganggap nilai persahabatan itu
tinggi nilainya
kadang-kadang tanpa kita sedari .. kawan kita membunuh kita secara perlahan-lahan
kawan yang baik mereka akan memberi nasihat bukan mengambil alih tugas sebagai ibubapa kita
yakni masuk campur secara total dalam seluruh rangkaian hidup kita
contohnya :
siapa bf kita
siapa gf kita
apa kita buat
hei ~ yg ko buat tu salah ~ ko jgn berkawan dgn dia ni ~ dia bukan orang yang baik ~
sedangkan sahabat yang baik ~ tidak akan membuat andaian seperti ini
dia akan menperjelaskan apa kesannya jika kita mengambil satu satu keputusan
bukan membuat keputusan untuk kita dan mengharapkan kita menguna pakai keputusan itu
zaman ini ~ bak kata kerajaan ~ zaman teknologi maklumat ~ zaman it ~zaman moden ~ zaman merentasi sempadan
ungkapan berkawan biar seribu bercinta biar satu
bolehkan dianggap relevan lagi buat masa sekarang
zaman sekarang kebanyakkan nya mempunyai agenda yang tersendiri apabila menjadi kawan
faktor-faktor seperti ini dititik beratkan dalam pemilihan mencari seorang kawan
cantiknya dia
hensemnya dia
glemer nya dia
kayanya dia
berpengaruhnya dia
ataupun ~ wow banyak nya frenlist dia kat fb ~ kalau aku jadi kawan dia best ni ~ ahaks ...
itu hakikat yang kita guna untuk mencari seorang kawan
hal yang benar
TAPI SEJAUH MANA NILAI PERSAHABATAN ITU DAPAT DIUKUR ??
banyak perkara2 buruk yang terjadi yang melibatkan kawan ~ enviroment factor ~
berkawan dgn rempit ~ kene berlagak macam rempit
berkawan dengan alim ulama ~ kene bercakap hal2 yg baik2
berkawan dengan orang2 VIP ~ kene bertindak tanduk seperti somebody yang dihormati
berkawan dengan mereka yang rugged ~ kene pakai outfit yang berjenama n mengikut zaman
INIKAH DIRI KITA SEbaGAI SEORANG KAWAN ?
kawan yang baik..
kawan yang bersama kita di waktu susah dan senang
kawan yang baik ..
tidak akan meninggalkan kita diwaktu susah
kawan yang baik ..
tidak akan mengatakan yang buruk tentang diri kita
kawan yang baik..
akan menegur kita secara direct dan tanpa berselindung apa-apa
kawan yang baik ..
tidak akan melukakan hati kawannya
zaman sekarang ~
kebanyakkan nya kawan2 suka ambil kesempatan
bila kluar ramai-ramai nak harap sentiasa dipayung
ahaks ~
zaman sekarang ~
kebanyakkan kawan2 suka ambil kesempatan
rampas awek kawan
rampas balak kawan
cerita yang buruk pasal kawan
berlagak seperti malaikat di depan kawan
tapi dibelakang seperti syaitan yang bertanduk 10 ~ ahaks ~
zaman sekarang ~
kebanyakkan kawan2 suka ambil kesempatan
masuk campur urusan kawan
pinjam duit kawan
tapi tak bayar2 (( ahahahahahah ))
sebab dah anggap kawan ~ buat bodo jer ~ tapi sebenarnya bodoh dalam celik
apa pun persepsi anda tentang kawan
CARILAH KAWAN YANG MEMAHAMI KITA
CARILAH KAWAN YANG SERASI DENGAN KITA
CARILAH KAWAN YANG TERUS TERANG MEMPERBETULKAN DIRI KITA KE JALAN YANG BENAR
CARILAH KAWAN YANG BOLEH MEMBIMBING KITA KE ARAH PERJALANAN HIDUP YANG SIHAT
CARILAH KAWAN YANG BOLEH MEMBUATKAN KITA KETAWA DI SAAT KITA MENANGIS
CARILAH KAWAN YANG BOLEH MENCUIT HATI KITA
CARILAH KAWAN YANG BOLEH MEMBUATKAN KITA RASA SEPERTI DIHARGAI
CARILAH KAWAN YANG BENAR-BENAR FAHAM NILAI PERSAHABATAN
WALAU SIAPA PUN KITA
BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA
HIDUP KOSONG TANPA SAHABAT
SAHABAT PENYERI KEHIDUPAN
SAHABAT SEPERTI PELAKON SAMPINGAN DALAM DIRI KITA
KALAU KITA PILIH YANG PUTIH ~ SUCILAH JADINYA
KALAU KITA PILIH YANG HITAM ~ KOTORLAH JADINYA
JADI ~ PILIHLAH SEBAIK-BAIK SAHABAT
KERNA KITA BERHAK UNTUK MENENTUKAN NILAI PERSAHABATAN YANG KITA HULURKAN
YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH
YANG BURUK DATANGNYA DARI KITA MANUSIA YANG SERING LALAI ALPA DAN LUPA
HAKIKAT YANG KITA
HANYA SINGGAH DAN MENUMPANG DI BUMI ALLAH
sahabat kepada sahabat
cikzura
oktober 2010
hadirku disini untukmu sahabat...;)
ReplyDelete:)
ReplyDelete