Wednesday, February 16, 2011

kisah cinta kita ( 3 )

wanita
kau lupakanlah aku
kau hapuskan semua kenangan kita
bukan aku tidak menyayangimu
bukan aku tidak mencintaimu
tetapi antara kita tidak ada penghujungnya

wanita
maafkanlah aku
tak bisa menunaikan janjiku
untuk hidup bersamamu
kerna antara aku dan engkau ada dia

wanita
hapuskan airmatamu
cepat-cepat lupakan aku
kau akan ketemu kekasih hati
yang sanggup mati keranamu

wanita
sesungguhnya kau lah wanita ku
cinta hatiku tetapi…
cukup sampai di sini
lupakanlah aku
jangan kau paksa diriku
untuk memilih
antara kau dan dia

wanita
kaulah wanita yang telah mengetuk pintu hatiku
tidak aku mahu ini terjadi
tidak aku pernah mahu menyakitimu
kerna kau kesayanganku

wanita
jangan kau menangis lagi
sakit batinku melihatmu sebegitu
tetapi aku tidak mampu
untuk meyapu air mata itu
kerana aku tahu
hatimu berderai di kala ini

wanita
kaulah kesayanganku
walaupun aku mahu
mengambik mu menjadi suri hatiku
hakikatnya
dia yang terlebih dahulu menjadi permaisuriku
cepat-cepat lupakan aku
wanita ku….

Cikzura
Luahan hatiku
2011

No comments:

Post a Comment

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~