![]() |
ALLAHUAKHBAR.... MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI |
Inikah alam ?
Lampu-lampu neon menerangi suasana
Subuh
Raksasa kecil dan besar bergerak berlahan-lahan
Memecah hening sunyi
Satu demi satu
tiba-tiba menjadi banyak
Ngeri membayangkan
Entah dari mana datangnya
Sorak sorai dari bunyi
Cahaya menyilau mata
Benar-benar menganggu lamunanku
Merobek mataku yang sedang asyik
Memandang sebuah raksasa kecil
Nampak besar tapi gagah
Yang besar.. terpana aku melihatnya
Terfikir di pundakku
Jika dipijaknya aku
Hmm… selamat tinggal dunia
Berkerumum raksasa kecil dan besar
Seperti berkawad
Berbaris-baris seperti menunggu
Diperiksa sepatu..adakah berkilat?
Berbaris-baris seperti menunggu
Diperiksa baju dan seluar
Adakah berkanji atau tidak?
Sesak nafas dibuatnya
Segenap urat dawai
Segenap tulang besi
Segenap darah pekat
Dicemari..
Bau busuk..bau buruk.. bau bangkai
Bau yang tercemar
Aku yang berteleku di sana
Menghantar diri untuk di kiam
Menghantar diri untuk dikafan
Jasad belum mati
Jasad masih utuh
Jasad masih tegak terpacak
Bunyi apakah itu?
Terkejut aku !!
Melompat
Terkesima sebentar
Berundur aku setapak..setapak..setapak
Sehingga tiada jalan lagi untuk aku
Berundur
Ke mana aku ingin lari??
Gila sungguh semua ini
Sempit
Ini bukan tempat aku !!
Ini bukan taman aku !!
Ini bukan tanah aku !!
Ini bukan tempat aku bersemadi!!
Ini bukan tempat yang layak untuk aku jejaki
Ini hutan batu..hati ,jantung,hempedu
Semuanya batu !! termasuk semuanya penghuninya..
Punyai hati naruni batu !!
Aku ingin tempat aku
Aku mahu rumah aku
Aku mahu mencari damai aku yang hilang
Terkikis oleh arus zaman
Ditelan peredaran masa
Terhapus sedikit demi sedikit
Aku rindukan hutan hijau sebenar...
Cikzura
Masih ada lagikah hijau du bumi ALLAH
Febuari 2011
No comments:
Post a Comment