Monday, February 7, 2011

engkau bukan sahabat.. engkau saudara dunia akhirat

sahabat..
indah sungguh kicau burung
sahabat..
dengar kan..
malankoliknya bunyi-bunyi alam
rasa damai dan tenang
tapi kerakusan alam
telah
menjahanamkan persahabatan
salah aku kah itu
atau salah dia
atau salah engkau??

sahabat..
mengalir lembut air dari celah2 bebola mata
engkau yg menyapunya sahabat
berurat sasa mereka yang memperolokkan aku
kau di hadapan sekali waktu itu sahabat
berjuraian air mata
tatkala aku ditinggalkan dia
kau sinari dengan warna-warna ceria
sehingga aku terlupa sahabat
yang aku kini sendiri
cuma berteman permata hati

usai sudah kisah kita menjadi sahabat
bukan sekadar itu
bukan sekadar sahabat
kau lebih kepada
akar yang menampung
akar yang menghidupkan kembali riak
senyum kasih dalam diri
sehingga
ianya dirobek hari ini

ralat
iya sahabat sungguh ralat
ianya
terjadi di saat aku perlukan sahabat
seperti kamu
yang saling tak tumpah
seperti saudara kandungku
yang berkongsi segala pahit manis kehidupan ku
engkau tahu semuanya sahabat
engkau tahu semuanya...

ingat lagi kah engkau
ketika kita bergelak ketawa bersama
melihat gelagat manusia
yang sukakan kita
yang cintakan kita
sedangkan kita.. menganggap mereka tak lebih dari
sahabat

mungkin inilah kebodohohan aku
terlalu berterus terang
laju menyusur alam
berteriak mengatakan
betapa aku tidak suka
menghunus pedang tanpa sempat kau berkata apa-apa
lalu terdiam seketika
tunduk
menunduk wajah..
bukan aku salahkan engkau sahabat
cuma aku berfikir
dan terus tali gantung kau campakkan padaku
kau hukum terus aku
dengan hukuman bunuh
dan aku pasrah menerimanya
kerna itu yang terbaik untuk engkau

sahabat..
tiada kata yang dapat aku luahkan
untuk mengucapkan
betapa bersyukur aku mengenalimu
liuk lentuk wajah
gerak geri tubuh
terhinggut-hinggut
menahan rasa di dalam hati
putusnya kasih dahulu
aku tak merasa sesakit ini
hilangnya sahabat
membuat aku
merasa
seperti
ditusuk sembilu

terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi sahabatku..
terima kasih yang tak terhingga kerana pernah bersama ku ketika aku berduka
terima kasih yang tak terhingga kerana bersama aku ketika aku perlu sahabat
terima kasih atas segalanya...jika ini ketentuan.. DENGAN NAMA ALLAH.. AKU DIAM.. dan TERUS DIAM...

No comments:

Post a Comment

Aku & Puisi

My photo
cuma insan biasa.. meluah melalui coretan..nukilan setulus hati ~ suara itu terlalu merdu ~ tetapi suara itu terkandung sejuta kesedihan ~ tampak gembira pada zahirnya ~ tersembunyi disebalik merdunya suara ~