Love itu cinta.. cinta itu ????? ( part 1 )
Tujuan aku menulis ini bukannya apa. Terasa ingin menulis setelah sekian lama..11.2.11. tarikh keramat dalam hidup aku..kenapa???? Rasanya terlalu peribadi untuk aku ceritakan. Biarlah hanya aku.. dia dan keluargaku sahaja yang mengehtahui apa disebalik nombor ini. Alhamdulillah bersyukur.. semuanya selamat J tak seperti yang aku bayangkan.Terima kasih YA ALLAH.. kerana mengizinkan aku untuk terus sihat dan mencari sinar bahgia..bersyukur yang teramat kerana masih bisa melihat senyum tawa permata hatiku..Sinar baru kembali menjelma dan aku umpama dihidupkan kembali. Aku rasa seronok sekarang.. kerna aku ada tempat untuk aku menulis apa yang ada dalam hati aku.. seperti zaman typewriter.. masa tu mana ada blog macam ni J .. sama tinggi dengan aku kertas2 coretan.. dah memang fitrah aku.. menulis untuk meluah rasa..
Aku nak berkongsi sebuah pengembaraan .. pengembaraan tentang aku dan sesuatu.. bila kita berbicara soal cinta.. ianya sesuatu yang sangat universal. Cinta kan ALLAH itu hakiki.. cinta sesame insane itu duniawi. Bagi aku cinta itu bukan sekadar untuk pasangan kita tetapi ianya lebih dari itu. Ada orang kata cinta itu indah. Ada yang kata cinta itu ketawa dan airmata. Ada orang kata cinta itu buta dan ada juga yang kata cinta itu gila. Tetapi ada juga antara kalian yang berkata cinta itu cukup suci.. cinta sabun mandi.. cinta touch n go.. cinta angkat..tolak ..masuk picit.. macam-macam.. masyaALLAH.. perlbagai definasi tentang cinta.. bermacam klasifikasi cinta..tersurat dan tersirat..nampak dan samar-samar.
![]() |
kepedihan yang aku alami..hanya aku yang merasai |
Dulu aku antara yang paling susah nak di handle dalam family members. Maklumlah aku seorang sahaja bunga dalam pondok buruk kami. Orang nampak dengan mata kasar.. aku cukup bertuah.. tapi itu pandangan mata.. pandangan mata selalu menipu..pandangan hati itu yang hakiki. Zaman kanak-kanak aku cukup riang. Sama seperti anak-anak kecil yang lain. Ditatang.. disayang.. dimanja dan dibelai dengan penuh rasa kecintaan dan kasih saying.. tetapi semua itu tidak lama.. macam orang kata.. aku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. badai melanda.. tsunami menghempas. Aku tak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku kepada aku. Ianya bertitik tolak dari diriku sendiri yang memang merupakan seorang pemberontak no 1. Memang patut aku dilayan seperti itu.
Zaman remaja aku.. kalau nak diingat memang tersenyum seorang aku dibuatnya.. teringat pada sahabat2 lama.. rahul (( ahahahahaha )) ini zaman aku form 5..kalau ada kalangan kawan2 aku yang membaca pasti ada yang tergelak.. aduhhh… zaman remaja aku.. memang brutal .. perangai mengalahkan jantan.. adehh… hahahahahaha berbuku lima dengan jantan pun aku pernah.
Tapi..
Aku rasa sedih bila mengingatkan hubungan aku dengan bonda.. tak seperti sahabat-sahabat aku yang lain.. mereke sangat rapat dan disayangi oleh bonda.. tapi aku.. mata kasar.. Nampak sama tapi.. hakikatnya hanya aku yang tahu.. ayahnda .. aku lebih rapat dengan ayahnda.. suka duka aku kongsikan bersama ayahnda.. sehingga kini..hmmmm
Aku pernah disisih .. makan.. pakai.. semua aku buat sendiri..tak ada sapa-sapa yang sediakan untuk aku. Sedih bila aku mengingatnya. Tapi aku tak pernah salahkan sesiapa. J aku pernah bekerja di restoren makcik aku dengan gaji hanya RM7 sehari untuk belanja harian aku. Masa itu aku kecik lagi.. sekolah lagi..Sedangkan saudara-saudara yang lain.. sebut sahaja apa yang diinginkan semuanya dapat. Hidup mewah…

Hmm.. aku tak boleh teruskan.. sakit bila aku kenangkan.. sakit hingga kini aku pendam.. aku tak dapat luahkan.. hanya coretan ini teman aku buat masa ini. Nyatanya memang ramai yang ada disampingku.. tapi.. tetap kosong.. J jumpa lagi dalam bahagian ke dua.. tentang aku dan sesuatu.. cinta…..masihkan ada untuk aku..YA ALLAH KUATKANLAH HATIKU YA ALLAH...AMIN
No comments:
Post a Comment